Pulau-pulau Penyu di Sabah
cultures, destinations, feature, gallery 9:58 PM



Penyu-penyu yang bertelur di pulau-pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill Turtles’. Kebanyakan ‘Green turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’ bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini.
Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’ yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali.

Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik.
Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran.
